Pada awal perjalanan Kristian saya(pastor), saya sedar bahawa banyak perkara yang telah diajar ialah teori-teori agama yang terbaru, teori terkini dan terbaru, kata-kata ungkapan penarik atau Pop-Kristianiti. Namun ia amatlah penting untuk membezakan apa yang berasal dari manusia dengan apa yang berasal dari Tuhan. Ini juga berlaku pada zaman Alkitabiah dahulu, terdapat banyak ajaran agama yang tidak berasal dari Tuhan.
Satu teori terkini telah menyatakan, “Kita tidak perlu mematuhi Perintah ke-4 lagi; kini ianya menjadi satu idea untuk berehat seharian.” Tetapi ajaran agama ini datangnya dari manusia, bukan Tuhan. Hakikat sebenarnya, Perintah ke-4 ini tetap satu perintah, seperti perintah-perintah yang lain: Jangan Membunuh, Jangan Mencuri dan lain-lain.
Selama ini sambil saya mengkaji banyak wahyu dan penglihatan dari Tuhan berkenaan Syurga dan Neraka, saya mendapati satu perkara yang tak berubah ialah amaran-Nya akan menjadi kenyataan apabila umat-Nya tidak mengendahkannya. Jadi, tidak ada kemungkinan untuk mengharapkan Tuhan tidak menepati FirmanNya hanya kerana seseorang itu Kristian. Sebagai contoh, apabila Yesus memberi amaran: „selagi kamu tidak mengampuni saudara kamu yang bersalah terhadap kamu, Bapa di Syurga TIDAK akan mengampuni dosa-dosa kamu.‟ Perkara ini benar, sekalipun anda ialah pastor kepada gereja yang mempunyai 10,000 orang jemaah. Jadi, amaran dari-Nya haruslah dipandang serius oleh sesiapapun.
Di dalam beberapa wahyu dan penglihatan berkaitan Neraka, banyak orang Kristian telah berakhir di Neraka, hanya kerana mereka mengandaikan bahawa Tuhan TIDAK menggenapi FirmanNya. Kita tahu dengan darah Yesus yang tertumpah, kita mendapat pengampunan atas segala dosa-dosa kita. Namun demikian, kita tidak harus memandang ringan perkara ini. Sekiranya orang Kristian berterusan melanggar Perintah-perintahNya tanpa pertobatan serta penyesalan, maka keselamatan (salvation) mereka dalam risiko. Perkara ini adalah konsisten seperti yang tertulis dalam Alkitab.
Kita harus sentiasa ingat bahawa 10 Perintah adalah BUKAN 10 Cadangan. Sesiapa yang mematuhi 10 Perintah itu akan diberkati. Tetapi ini tidak bermakna bahawa seseorang itu benar, hanya kerana mematuhi Perintah-Nya. Ini bermaksud akan ada penghakiman ke atas orang yang melanggarnya.
Manakah di antara kesepuluh Perintah-Perintah itu dimansuhkan telah dengan kedatangan Yesus Kristus? TIADA! Kita masih harus mematuhinya. Hanya kerana golongan Farisi yang terlampau menambah-nambah perintah berkenaan hari Sabat dengan 100 undang-undang buatan manusia, kita semakin mengabaikan Perintah ke-4, juga jarang ditekankan di dalam Khutbah. Perintah ke-4 bukan sekadar Undang-undang Lewi (Levitical Law) yang berada dalam Alkitab. Tidak, ia telah ditulis atas loh batu bersama-sama dengan Perintah-perintah lain, dan dianggap penting di seluruh Alkitab.
Betapa jahilnya saya apabila selama ini saya mengandaikan bahawa kita tidak perlu memelihara Hari Suci Sabat (atau Hari Minggu). Memadai sahaja pergi ke Gereja. Tetapi sebenarnya selepas menghadiri Gereja, saya akan menjalani Hari Tuhan itu seperti hari-hari biasa yang lain. Kita tahu kesungguhan Yesus terhadap orang yang mencemarkan Bait Allah dengan menghalau mereka keluar,
tetapi saya amat tidak menyangka bahawa Dia juga bersungguh-sungguh terhadap sesiapa yang melanggar Hari Tuhan.
Satu ungkapan Kristian bagi sesiapa yang mengikuti perintah ke-4 berkenaan Sabat ialah mereka terlalu “Legalistik” (terlalu mengikuti undang-undang). Akan tetapi apabila dibandingkan dengan seseorang yang mematuhi Perintah ke-6 agar Tidak Membunuh, kita tidak akan mengatakannya terlalu “Legalistik”. Kita harus sedar bahawa kita merisikokan berkat dari Tuhan sekiranya kita tidak gentar kepada-Nya ataupun mematuhi Firman-Nya. Sekarang jua kita dapat melihat daripada penglihatan dan Alkitab bahawa dengan melanggar Perintah ke-4 amatlah serius dan akan membawa kepada kutukan kekal.
Keluaran 20:8-11 Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi pada hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sebarang pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang tinggal di tempat kediamanmu. Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.
Teks berkenaan Perintah ke-4 secara asasnya menyatakan:
- Khaskan hari itu buat Tuhan,
- Jangan jalankan pekerjaan anda,
- Jangan membiarkan orang bekerja kerana anda. Apabila anda membelanjakan wang pada Hari Tuhan, bermakna seseorang telah bekerja.
Orang Kristian harus membuat keputusan:
1) sama ada Hari Tuhan haruslah dikuduskan, atau Tidak dan itu ialah satu Perintah atau Tidak.
2) Sekiranya anda percaya ia harus dikuduskan, adakah anda akan mengikuti cara seperti yang dinyatakan di Alkitab, atau kaedah budaya Kristian masakini? Lakukan sahaja apa yang Alkitab nyatakan, tidak lebih dari itu.
saya (Pastor Kim bercakap) memutuskan untuk bertanya kepada Tuhan mengenai Hari Minggu, bagaimana cara kita untuk menguduskannya. Sebaik saja saya bertanya kepada Yesus, air muka-Nya berubah marah. Tuhan mahu saya merujuk kepada beberapa ayat…
“Tetapi apabila kamu tidak mendengarkan perintah-Ku untuk menguduskan hari Sabat dan untuk tidak masuk mengangkut barang-barang melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada hari Sabat, maka di pintu-pintu gerbangnya aku akan menyalakan api, yang akan memakan habis puri-puri Yerusalem, dan yang tidak akan terpadamkan.” (Yeremia 17:27) (mengangkut barang-barang, merujuk kepada barang-barang jualan, pedati jualan)
"Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan Sabat “hari kenikmatan”, dan hari kudus TUHAN “hari yang mulia”; apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, maka engkau akan bersenang-senang kerana TUHAN, dan Aku akan membuat engkau melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kenderaan kemenangan; Aku akan member makan engkau dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu, sebab mulut TUHANlah yang mengatakannya. (Yesaya 58:13-14)
“Kerana Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.” (Matius 12:8)
“…Kerana itu, boleh berbuat baik pada hari Sabat." (Matius 12:12)
Tuhan telah memerintahkan kita untuk menguduskan hari Sabat dalam apa-apa keadaan. Dia mengecam menonton televisyen, makan di luar bersama keluarga, dan aktiviti sekular yang lain. Selain itu, Tuhan tidak membenarkan untuk menjalankan sebarang urusan yang mendatangkan keuntungan pada hari Minggu. Dia juga tidak mahu umat-Nya untuk membeli-belah pada hari Minggu.
Yesus menunjukkan kepada saya sekumpulan jiwa-jiwa yang berada di satu tempat di Neraka, lalu berkata, “Beberapa jiwa di sini ialah mereka yang terlibat dalam ajaran sesat. Terdapat juga kaki botol dan mereka yang memperlakukan Sabat atau Hari Minggu dengan cuai. Pada hari Minggu, mereka akan membelanjakan wang mereka sepuas hati. Kebanyakan mereka berada di sini kerana tidak memelihara kekudusan hari Minggu. Ada juga mereka menjalankan perniagaan dan mengira Tuhan akan mengampunkan mereka. Mereka telah terpedaya”. Saya melihat ramai pendeta dan pastor dari berbilang bangsa.
Hakikatnya, hanya sebilangan sahaja orang kudus yang tidak memelihara Hari Minggu dengan sempurna dapat naik ke syurga, Sebaliknya, bilangan orang kudus tak terkira banyaknya berakhir di Neraka kerana tidak memelihara hari Minggu dengan sempurna. Tuhan berkata, “Lihatlah jiwa-jiwa itu. Mereka tidak mengambil berat terhadap Hari-Ku. Mereka telah mencemarkan Hari-Ku. Lihatlah dengan jelas.” Kami sungguh terkejut dengan apa yang kami saksikan. Orang Kristian berada dalam Neraka, sedang menjerit dengan kepedihan dan diseksa. Selepas melihat kejadian ini, saya berkonsentrasi untuk bertaubat kerana tidak memelihara kekudusan Hari Minggu dalam setiap segenap cara.
Terdapat orang kudus yang berpendapat bahawa membelanjakan wang pada hari Minggu, JIKA ianya „demi kerana Penginjilan‟. Yesus memperjelaskan penipuan gereja, “Manusia mengeliru, menyalahguna dan memandang ringan terhadap perintah yang berkenaan Hari Minggu, „demi kerana Penginjilan‟. Mereka sentiasa melakukannya. Jangan membelanjakan wang pada Hari Minggu! Apabila manusia memutuskan untuk melakukan kehendak hati, mereka akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mewajarkan agar tidak perlu mematuhi perintah itu. Tuhan kelihatan amat serius. KeagunganNya melimpah ruah.
Sekarang ini, gereja-gereja sedang menyeru untuk kebangkitan, tetapi sebelum itu, mereka haruslah berubah. Mereka haruslah bertaubat dengan gentar. Gereja-gereja tidak mengajar jemaah untuk memelihara kekudusan Hari Minggu. Sebaliknya mereka mengambil mudah perkara ini. Tuhan telah memberikan kita amaran keras.
Apa sahaja acara yang dilangsungkan di Rumah Tuhan haruslah percuma. Banyak gereja menjual kupon makanan kepada jemaah yang hadir. Perbuatan menjual kupon makanan menunjukkan tidak memelihara kekudusan Hari Minggu. Tuhan menunjukkan dengan teliti kepada saya berapa banyaknya Gereja-gereja Korea yang tidak diperkenankan oleh-Nya kerana tidak memelihara kekudusan Hari Minggu. Tuhan juga mahu gereja menjamu mana-mana pengkhotbah jemputan sama ada di rumah pastor ataupun mana-mana rumah ahli jemaahnya, sekiranya acara khas itu diadakan pada Hari Minggu. Tuhan melarang gereja membawa keluar pengkhotbah jemputan makan di luar pada Hari Minggu. Sekiranya gereja mempunyai dapur, tetamu dapat dijamu makan di sana.
Yesus dengan tegas dan jelas telah menyatakan, Dia melarang kita "membelanjakan wang pada Hari Minggu."
Dalam penglihatan Sdr. Augusto Maquengo, Yesus berkata, "Aku tidak akan mengangkat sesiapa yang membeli, menjual dan bermain pada Hari Suci ibadah-Ku. Mana-mana hari Sabtu atau Ahad yang telah ditetapkan oleh pemerintahmu untuk menyembah-Ku, haruslah dikhaskan kepada-Ku sahaja, AKUlah Tuhanmu. Hari tersebut harus dikuduskan untuk-Ku sahaja.
" Pesanan ini haruslah diambil serius, Peliharalah KEKUDUSAN Hari TUHAN!
No comments:
Post a Comment