Search This Blog

Wednesday, 5 October 2011

Apakah Roh Kudus? ..dan apakah dia lakukan?..

Dia Tuhan.

"Sebagaimana roh seseorang mengetahui isi hatinya sendiri, begitu juga Roh Kudus mengetahui segala sesuatu darihal Allah. Kita tidak menerima roh dunia ini; kita telah menerima Roh Kudus, supaya kita mengetahui segala yang telah dikurniakan Allah kepada kita." (1 Korintus 2:11,12)

Dia datang dan mendiami anda.

"Tetapi kamu ini tidak lagi hidup menurut tabiat kemanusiaanmu. Kamu hdiup menurut kehendak Roh -- iaitu jika Roh Kudus sungguh mendiami kamu. Barangsiapa tidak mempunyai Roh Kristus di dalam hidupnya, orang itu bukanlah milik Kristus." (Roma 8:9)

Dia datang untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa dan hukuman.

"Dan bila dia datang kelak, dia akan membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa, dan tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah." (Yohanes 16:8)

Dia datang untuk menyatakan kepada anda kebenaran.

"Tetapi bila Roh yang menyaksikan kebenaran Allah itu datang, dia akan menyatakan kepada kamu kebenaran Allah dengan sepenuh-penuhnya." (Yohanes 16:13)

Dia datang untuk memuliakan Kristus.

"Dia akan menyatakan kemuliaan-Ku, sebab dia akan menerima daripada-Ku segala yang akan dinyatakannya kepadamu." (Yohanes 16:4).

Dia mengesahkan hubungan anda dengan Tuhan.

"Orang-orang yang dipimpin Roh Kudus, adalah anak-anak Allah. Sebab Roh yang diberikan oleh Allah kepada kamu tidak menjadikan kamu hamba-hamba, sehingga kamu hidup di dalam ketakkutan. Sebaliknya Roh Kudus itu menjadikan kamu anak-anak Allah. Dan dengan kuasa Roh Kudus jugalah kita memanggil Allah itu 'Bapa! Bapaku!' Roh Kudus bersatu dengan roh kita supaya menyaksikan bahawa kita ini anak-anak Allah." (Roma 8:14-16).

Dia sumber kualiti-kualiti Kristus di dalam hidup anda.

"Sebaliknya, hasil pimpinan Roh Kudus ialah kasih, sukacita, kesejahteraan, kesabaran, budi, kebaikan, kesetiaan, kerendahan hati, dan pengawalan diri." (Galatia 5:22,23a).

  Yang mana daripada kualiti-kualiti berikut yang anda ingin Tuhan mula mengembangkan dalam hidup anda?

(Yesus berkata) "Tinggallah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tinggal bersatu dengan kamu. Kecuali cabang itu lekat pada pokoknya tidak dapat ianya berbuah; sama halnya, kecuali kamu tinggal bersatu dengan Aku, kamu tidak mungkin berbuah." (Yohanes 15:4,5).

Yesus berkata kita harus bergantung dan bersatu dengan-Nya untuk melihat kualiti-kualiti-Nya dihasilkan dalam hidup kita. Dan Dia juga memberi kita kuasa untuk memberiathu orang lain tentang Dia.

(Yesus berkata) "Tetapi kamu akan dilengkapi dengan kuasa apabila Roh Kudus datang dan menguasaimu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yahudiah dan Samaria, bahkan ke seluruh dunia." (Kisah Rasul-rasul 1:8).

   Pada pendapat anda, mengapa anda memerlukan kuasa Roh Kudus untuk memberitahu orang lain apa yang anda mengetahui tentang Yesus? (jawapan di bawah)

Bukan semua orang Kristian mengalami kuasa Roh Kudus.

Walaupun Roh Kudus mendiami semua orang Kristian, bukan semua dipimpin dan dikuasai oleh Dia. Alkitab menyatakan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia, iaitu -- duniawi, Kristian rohani dan Kristian duniawi -- yang mengambarkan respons yang berlainan terhadap Tuhan (lihat 1 Korintus 2:12 - 3:3).

Orang Duniawi
Bulatan ini mengambarkan hidup seseorang, dan takhta mengambarkan kuasa. Orang duniawi belum menerima Kristus, dan Roh Kudus tidak mendiami dia. Kristus bukan sebahagian daripada hidupnya; Dia berada di luar bulatan. Orang duniawi menguasai hidupnya sendiri.

Orang Kristian Rohani
Orang Kristian rohani telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamatnya, dan mempercayai Roh Kudus untuk menjalani kehidupan Kristian. Kristus bukan saja di dalam hidupnya, tetapi juga menguasainya.

Orang Kristian Duniawi
Orang Kristian duniawi juga telah menerima Yesus sebagai Penyelamat, tetapi mempercayai usaha dirinya sendiri untuk menjalani kehidupan Kristian. Orang ini masih menguasai hidupnya dan bertindak seperti orang duniawi. Kristus berada di dalam hidupnya, tetapi tidak menguasai hidupnya.

Bulatan manakah satu yang mengambarkan kehidupan anda?

  Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus.

Di dalam Efesus, fasal 5, ayat 18, Tuhan memerintah kita:

"Janganlah kamu mabuk kerana wain, yang akan merosakkan kamu. Sebaliknya, biarlah diri kamu dipenuhi Roh Kudus."

Ketika kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita, Dia akan menghasilkan buah Roh di dalam hidup kita dan membolehkan kita memberitakan kepada orang lain tentang Kristus.

Tetapi bagaimana kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita?

Pertama, mengakui segala dosamu.

"Seandainya ada niat jahat dalam hatiku, tentulah Tuhan tidak mahu mendengar."(Mazmur 66:18)

Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus mengakui semua dosa untuk dipenuhi oleh Roh Kudus?

Kedua, serahkan setiap hal dalam hidupmu kepada Kristus.

"Dosa tidak lagi boleh menguasai hidupmu yang insani, sehingga kamu ditaklukkan hawa nafsumu sendiri. Janganlah menyerahkan sebarang anggota tubuhmu kepada kuasa dosa supaya digunakan untuk maksud-maksud yang jahat. Melainkan serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang yang telah diselamatkan dari maut kepada hidup. Serahkanlah segenap tubuhmu kepada Allah supaya digunakan untuk maksud-maksud yang baik." (Roma 6:12,13).

Ketiga, mempercayailah bahawa Roh Kudus akan memenuhi anda. Ini hanya mungkin dengan iman -- mempercayai Tuhan untuk membentuk hidup anda ketika anda menyerahkan hidupmu kepada Dia. Apa yang harus anda lakukan ialah meminta. Tuhan berjanji untuk mengabulkan doamu yang mengikut kehendak-Nya.

"Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Dia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu bahawa Dia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahawa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15).



  Anda boleh terus-menerus dikuasai oleh Roh Kudus.

Jika anda mendapat tahu bahawa anda telah sekali lagi menguasai hidup anda kerana dosa, praktikkanlah "pernafasan rohani". Anda perlu menghembuskan nafas yang kotor dengan mengakui dosa anda, dan menarik nafas dengan menyerahkan hidup anda kepada Yesus. Mintalah Tuhan dengan iman untuk memenuhi anda dengan Roh-Nya.

Menghembuskan Nafas

"Tetapi jika kita mengaku dosa-dosa kita kepada Allah, Dia akan memenuhkan janji-Nya dan melakukan apa yang yang benar. Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita dan membersihkan kita dari segala kesalahan." (1 Yohanes 1:9). Sila baca juga Ibrani 10:1-25.

Ingat, pengakuan melibatkan:

Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berdosa.

Mengucap syukur kerana Dia telah mengampunkan anda.

Mempercayai-Nya untuk mengubah sikap-sikap dan tindakan anda yang salah.

Menarik Nafas

Menyerahkan takhta hidup anda kepada Kristus.

Mempercayai bahawa Dia akan memimpin dan menguasai anda.

Cadangan untuk Bertumbuh Selanjutnya

Terus meluangkan masa selama 15 minit setiap hari untuk bersama dengan Tuhan melalui pembacaan Alkitab dan doa.

Kesimpulan

Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian. Anda harus mengakui dosa sebaik saja anda sedar bahawa anda telah jatuh dalam dosa. Mempercayai Tuhan untuk menguasai hidup anda, minta Dia untuk memenuhi anda dengan Roh Kudus.

No comments:

Post a Comment